BDSwiss

Apakah “Opsyen 60 Saat”?

Dengan opsyen ini, anda dapat memilih masa tamat tempoh untuk diri sendiri. Tempoh paling singkat ialah 60 saat. Anda juga boleh menentukan pada opsyen 90, 120, 180 atau 300 saat.

Bagaimanakah hendak berdagang “Opsyen 60 Saat”?

Pertama, pilih satu aset pendasar, harga semasa yang anda akan temui pada platform kami.

1. Masa tamat tempoh

Dengan dagangan “60 saat” kami, anda boleh membuka opsyen pada bila-bila masa pasaran untuk aset pendasar yang dipilih dibuka. Tidak seperti jenis opsyen binari yang lain, tiada masa tamat tempoh yang tetap. Selepas anda menyerahkan pesanan anda, masa pilihan anda akan bermula.

2. Jumlah Pelaburan

Daripada senarai yang ditentukan lebih awal, anda boleh memilih jumlah yang sesuai untuk anda. Untuk dagangan jangka pendek, pelaburan daripada €1.00 hingga €750.00 boleh dilakukan.

3. Panggilan (Call) atau Jual (Put)

Anda mesti menjawab soalan untuk diri sendiri, sama ada anda rasa harga untuk aset pendasar yang dipilih akan naik atau turun pada masa tamat tempoh berbanding harga semasa. Dengan Opsyen Panggilan (Call), anda menjangkakan harga akan naik dan dengan Opsyen Jual (Put), anda menjangkakan harga akan turun.

Anda telah menentukan semua faktor dan sekarang boleh melengkapkan pesanan dagangan Opsyen “60 Saat” anda.

Bagaimanakah hasilnya ditentukan?

Pada masa tamat tempoh pilihan anda, akan disemak secara automatik sama ada ramalan anda adalah betul. Harga sebenar pada masa tamat tempoh akan diambil dan dibandingkan dengan harga aset semasa opsyen dibuka.

Ramalan yang betul akan menghasilkan bayaran balik bagi pelaburan awal anda serta bayaran yang telah dipersetujui. Ramalan yang salah akan menyebabkan kerugian pelaburan awal. Jika harga pembukaan dan tamat tempoh sama, pelaburan awal anda akan dikembalikan.

Amaran Risiko: Dagangan dalam Forex/CFD dan Terbitan Lain amat berspekulasi dan mempunyai tahap risiko yang tinggi.