BDSwiss

Apakah “Opsyen Ladder”?

Opsyen Ladder ialah Opsyen Binari jenis khas yang diwakili dengan lima set aras pada jarak yang sama dari satu sama lain. Anda boleh meramalkan sama ada harga aset pendasar berada di atas atau di bawah lima aras ini apabila opsyen tamat tempoh.

Bagaimanakah hendak berdagang “Opsyen Ladder”?

Opsyen Ladder ditawarkan pada pasangan mata wang, komoditi dan indeks.

binary-ladder-option-1

1. Masa tamat tempoh

Selepas anda memilih aset pendasar yang anda inginkan daripada senarai yang diberikan, langkah seterusnya adalah untuk memilih masa tamat tempoh. Anda diberikan masa sehingga lima minit sebelum masa tamat tempoh pilihan anda untuk memilih aras dan arah yang anda mahu laburkan.

2. Jumlah Pelaburan

Masukkan jumlah yang anda ingin laburkan.

3. Panggilan (Call) atau Jual (Put)

Pemilihan aras itulah yang menjadikan Opsyen Ladder begitu istimewa. Aras-aras ini diberikan pada selang yang sama dan dipaparkan dalam carta harga semasa. Bagi setiap aras, anda mempunyai kebarangkalian untuk melabur sama ada harga akan berada di atas atau di bawah aras itu pada masa opsyen tamat tempoh. Kadar bayaran berbeza-beza bergantung pada aras dan arah pilihan anda.

Anda telah menentukan semua faktor dan sekarang boleh melengkapkan pesanan dagangan Opsyen Ladder anda.

Bagaimanakah hasilnya ditentukan?

Pada masa tamat tempoh pilihan anda, akan disemak secara automatik sama ada ramalan anda adalah betul. Harga sebenar pada masa tamat tempoh akan diambil dan dibandingkan dengan harga aset semasa opsyen dibuka.

Ramalan yang betul akan menghasilkan bayaran balik bagi pelaburan awal anda serta bayaran yang telah dipersetujui. Ramalan yang salah akan menyebabkan kerugian pelaburan awal. Jika harga pembukaan dan tamat tempoh sama, pelaburan awal anda akan dikembalikan.

Berdagang Sekarang
Modal anda menghadapi risiko tinggi
Amaran Risiko: Dagangan dalam Forex/CFD dan Terbitan Lain amat berspekulasi dan mempunyai tahap risiko yang tinggi.