BDSwiss

Apakah “Opsyen Jangka Panjang”?

Secara asasnya, berdagang opsyen jangka panjang sama seperti berdagang Opsyen Binari “Klasik”. Perbezaannya ialah masa tamat tempoh opsyen jangka panjang lebih lama, boleh jadi pada penghujung hari dagangan semasa atau boleh dilanjutkan sehingga akhir bulan semasa atau lebih lama.

Bagaimanakah hendak berdagang “Opsyen Jangka Panjang”?

binary-long-term-options-1

1. Masa tamat tempoh

Selepas pemilihan aset pendasar yang anda inginkan, anda boleh memilih masa tamat tempoh yang diinginkan daripada senarai yang ditentukan lebih awal. Berbeza dengan Opsyen Binari “klasik”, anda boleh memberikan lebih banyak masa pada harga untuk berkembang ke arah pilihan anda.

2. Jumlah Pelaburan

Masukkan jumlah yang anda ingin laburkan.

3. Panggilan (Call) atau Jual (Put)

Akhir sekali, anda perlu menjawab soalan untuk diri sendiri, sama ada anda rasa harga untuk aset pendasar yang dipilih akan naik atau turun pada masa tamat tempoh berbanding harga semasa. Dengan Opsyen Panggilan (Call), anda menjangkakan harga akan naik dan dengan Opsyen Jual (Put), anda menjangkakan harga akan turun.

Anda telah menentukan semua faktor dan sekarang boleh melengkapkan pesanan dagangan Opsyen Binari anda.

Bagaimanakah hasilnya ditentukan?

Pada masa tamat tempoh pilihan anda, akan disemak secara automatik sama ada ramalan anda adalah betul. Harga sebenar pada masa tamat tempoh akan diambil dan dibandingkan dengan harga aset semasa opsyen dibuka.

Ramalan yang betul akan menghasilkan bayaran balik bagi pelaburan awal anda serta bayaran yang telah dipersetujui. Ramalan yang salah akan menyebabkan kerugian pelaburan awal. Jika harga pembukaan dan tamat tempoh sama, pelaburan awal anda akan dikembalikan.

Amaran Risiko: Dagangan dalam Forex/CFD dan Terbitan Lain amat berspekulasi dan mempunyai tahap risiko yang tinggi.