BDSwiss

Apakah ini?

CFD ialah produk berleveraj yang membolehkan anda melaburkan jumlah wang yang besar dalam pasaran dengan pelaburan yang kecil sahaja. Baki dana yang membentuk nilai keseluruhan kedudukan anda disediakan oleh pembuat pasaran, yang mana bayaran diperlukan. Rollover atau swap ialah bayaran faedah bagi setiap kedudukan yang disimpan semalaman. Ia mewakili dana yang dikeluarkan atau ditambah pada akaun pelanggan daripada tindakan menggulung matang (roll over) suatu kedudukan terbuka dari satu hari ke hari seterusnya. Bayaran atau kredit sebenar bergantung pada sama ada anda telah melaburkan ke dalam kedudukan panjang (long) atau singkat (short).

Apabila melibatkan pasangan mata wang, ia didagangkan pada pasaran pertukaran asing, oleh itu ia bertindak bukan sahaja pada dua mata wang berbeza, tetapi juga berpotensi mempunyai dua kadar faedah yang berbeza. Perbezaan dan arah kedudukan anda menentukan jumlah bayaran atau kredit anda. Oleh itu, rollover pada kedudukan yang anda simpan semalaman boleh menyebabkan kos atau keuntungan tambahan.

Contoh

YAnda membuat keputusan untuk membuka kedudukan “Panjang” (Long) pada pasangan mata wang EUR/USD, oleh itu anda membeli Euro dan menjual Dolar AS. Bagi tujuan contoh ini, kita mengandaikan bahawa kadar faedah untuk EUR ialah 0.80% manakala untuk USD ialah 0.50%. Apabila membuka kedudukan “Panjang”, anda mendapat 0.80% daripada kontrak tersebut dan anda berhutang 0.50%. Perbezaan antara kedua-duanya menentukan kos rollover, dalam kes ini ialah 0.30% mengikut kadar tahunan. 1.0.80% – 0.50% = 0.30% Berdagang dalam kontrak standard bermakna anda boleh menggerakkan volum pasaran sebanyak: 1 * 100,000 * $1.0975 = $109,75

Untuk kedudukan ini, dua bayaran faedah dikira:

Panjang (Long) dalam EUR

$109,750 * 0.80% * 1/365 = $2.40

Singkat (Short) dalam USD

$109,750 * -0.50% * 1/365 = -$1.50

Maka anda menerima bayaran sebanyak $0.90 ($2.40 – $1.50 = $0.90).

Dalam spesifikasi ini, mana-mana bayaran rollover akan dinyatakan dalam bentuk pip, iaitu pip ini akan ditambah atau ditolak dari akaun anda bagi setiap kedudukan terbuka. Senarai kadar semua rollover boleh didapati DI SINI.

Tempoh Tempahan

Umumnya, pasaran kewangan mempunyai waktu dagangan berbeza. Untuk menetapkan satu standard supaya pelanggan kami tidak perlu menjejak semua waktu dagangan yang berbeza apabila berdagang produk berbeza, permulaan dan penamat hari dagangan telah ditetapkan dengan 21:00 (GMT). Waktu ini penting dalam menentukan sama ada rollover dikira atau tidak. Pengecualian dibuat untuk kontrak niaga hadapan jangka panjang pada komoditi. Di sini penting untuk memerhatikan waktu tamat tempoh yang tepat.

Semua kedudukan yang terbuka pada waktu ini atau telah dibuka pada waktu ini, dikelaskan sebagai dipegang semalaman dan bayaran rollover akan dikenakan. Kedudukan yang dibuka selepas pukul 21:01 (GMT) tidak dikenakan bayaran rollover, melainkan kedudukan itu dipegang sehingga bermulanya hari dagangan berikutnya.

Hujung Minggu dan Hari Cuti

Pada hari tiada dagangan, seperti hujung minggu dan hari cuti, rollover tambahan bagi setiap hari tiada dagangan akan dikenakan. Bayaran ini dikenakan oleh kebanyakan aset pendasar pada hari Rabu selepas hujung minggu atau hari cuti tersebut.

Amaran Risiko: Dagangan dalam Forex/CFD dan Terbitan Lain amat berspekulasi dan mempunyai tahap risiko yang tinggi.