BDSwiss App
Download & start trading

Saya telah mengeluarkan dana menggunakan kad kredit/debit, tetapi dana belum diterima dalam akaun saya. Apakah yang patut saya lakukan?

Walaupun biasanya mengambil masa sekitar 2 hingga 7 hari bekerja untuk dana sampai di akaun kad anda, ini boleh mengambil masa sehingga 10 hari bekerja* (kerana bergantung sepenuhnya pada masa pemprosesan bank) untuk dana diterima di akaun anda sejak hari kelulusan pengeluaran.

*Bagi sesetengah negara, ini boleh mengambil masa sehingga 15 hari bekerja untuk dana diterima kembali dalam kad anda.

Jika dana anda tidak muncul dalam akaun anda selepas tempoh masa ini berlalu, sila hubungi Pasukan Sokongan Pelanggan di [email protected] dan mereka akan memberi anda nombor ARN.

Apakah itu nombor ARN?

Nombor ARN ialah nombor unik yang menandakan transaksi kad kredit apabila ia bergerak dari bank pedagang (bank pemeroleh) melalui skim kad ke bank pemegang kad (pengeluar). Nombor ini boleh digunakan oleh bank pengeluar untuk mengesan transaksi/bayaran balik dengan suatu pemeroleh.

Sila hubungi pasukan khidmat pelanggan bank anda dan semak dengan mereka secara terus dengan memberi mereka nombor ARN. Mereka akan menggunakan nombor unik ini untuk menyemak sistem mereka bagi mengesan BAYARAN BALIK dan memperuntukkan dana ini ke akaun anda. Harap maklum bahawa setiap bank pengeluar kad mempunyai akses kepada Antara Muka Direktori Visa/ MasterCard dan mereka sepatutnya dapat menjejaki pembayaran dengan nombor ARN yang anda terima daripada kami.

Kembali ke Pusat Bantuan

Adakah ini membantu?

Amaran Risiko: Dagangan dalam Forex/CFD dan Terbitan Lain amat berspekulasi dan mempunyai tahap risiko yang tinggi. Pendedahan Risiko Umum