BDSwiss

Untuk meningkatkan peluang kejayaan semasa berdagang CFD, anda perlu memahami produk ini secara keseluruhannya. Langkah ini memastikan anda boleh berdagang tanpa kerumitan dan mampu untuk membuat keputusan yang sebaik mungkin. Pada halaman ini, anda akan mendapati senarai dan penerangan tentang istilah utama. Contoh-contoh digunakan untuk menerangkan istilah-istilah ini dengan lebih terperinci.

Aset Pendasar:

Aset pendasar ialah objek perjanjian untuk CFD. Anda mahu berdagang berdasarkan pergerakan harga EUR/USD? Dalam kes ini, anda akan memilih aset pendasar yang sepadan dengan pasangan mata wang EUR/USD. Aset pendasar terbahagi kepada empat kategori berbeza: pasangan mata wang, indeks, saham dan komoditi.

Jurang:

Jurang juga dikenali sebagai jurang harga. Dalam pasaran cair, terdapat penentuan harga yang berterusan iaitu setiap aras harga dinilai dalam pasaran.

Contoh:
Saham Apple meningkat daripada $100.00 kepada $100.10 dalam sepuluh langkah, bagi setiap sen harga dinilai. Jurang berlaku apabila harga melompat secara terus daripada $100.00 kepada $100.10 dan mana-mana harga antaranya telah dilangkaui. Jurang tersebut boleh menyebabkan kedudukan anda mempunyai harga masuk atau keluar yang lebih baik atau buruk.

Harga Bida/Tawar dan Spread:

Setiap aset pendasar ditentukan dengan dua harga, dipanggil harga bida dan tawar. Harga bida ialah harga anda menjual aset pendasar dan harga tawar ialah harga anda membeli aset pendasar. Perbezaan antara dua harga ini dirujuk sebagai Spread. Maklumat lanjut boleh didapati DI SINI.

Tempoh pegangan semalaman atau Rollover:

Anda berdagang dalam volum yang besar pada pasaran, bermakna anda perlu meminjam sejumlah wang yang banyak pada kedudukan panjang (long) dan menyediakan wang untuk kedudukan singkat (short). Untuk kedudukan panjang (long) yang dipegang semalaman, anda biasanya perlu membayar faedah (Rollover), dengan kedudukan singkat (short), faedah ini biasanya dikreditkan ke akaun anda. Bayaran sebenar akan bergantung pada kadar faedah antara bank. Maklumat lanjut boleh didapati DI SINI.

Waktu dagangan:

Platform MetaTrader disediakan untuk pasangan mata wang dagangan dari hari Isnin 00:00:51 (GMT+1) hingga Jumaat 23:59:59 (GMT+1). Masa-masa ini tertakluk pada Waktu Jimat Siang yang bermula pada hari Ahad terakhir bulan Mac dan berakhir pada hari Ahad terakhir bulan Oktober. Aset pendasar individu adalah tertakluk pada waktu dagangan berbeza. Sila ketahui tentang waktu dagangan dan sebarang risiko yang berkaitan sebelum berdagang. Maklumat lanjut boleh didapati DI SINI.

Leveraj:

Leveraj menerangkan tentang keadaan yang mana melalui modal pinjaman, pergerakan pasaran yang kecil boleh menyebabkan peralihan yang besar dalam hasil akhir. Leveraj menunjukkan kadar modal pinjaman bagi modal yang dilaburkan. 1:100 bermaksud apabila anda melaburkan sebanyak €101, €100 daripada jumlah ini dipinjam dan satu Euro diambil daripada modal anda. Melalui kesan ini, 1% pergerakan menyebabkan jumlahnya meningkat sebanyak €1.01. Untuk mencapai jumlah ini tanpa meminjam, anda memerlukan pergerakan sebanyak 101%. Apabila berdagang CFD, Leveraj merujuk pada nisbah antara margin yang diperlukan dan jumlah modal yang digerakkan dalam pasaran. Contoh berikut akan membantu anda memahaminya.

Contoh
Anda mahu berdagang dalam EUR/USD yang pada masa ini didagangkan pada $1.08755 dengan kontrak standard, yang sepadan dengan 100,000 unit aset pendasar, yang mana dalam contoh ini mewakili jumlah volum pasaran sebanyak $108,755. Keperluan margin anda, jumlah yang anda perlukan untuk membuka kedudukan CFD ditentukan oleh leveraj ini. Contoh berikut akan menggambarkan hubungan antara leveraj dan margin apabila jumlah volum kekal sama.

Leveraj Volum Margin
100 $108,755 $1,087.55
200 $108,755 $543.78
500 $108,755 $217.51

Seperti yang anda boleh lihat, leveraj tinggi mengurangkan margin yang diperlukan. Berdasarkan peruntukan kontrak standard, volum yang bergerak sentiasa sama. Leveraj sebanyak 500 bermaksud anda hanya memerlukan $217.51 sebagai cagaran, tetapi sebenarnya menggerakkan 500 kali jumlah itu di pasaran.

Baki akaun:

Anda perlu sentiasa mempunyai modal yang mencukupi dalam akaun dagangan anda kerana kegagalan untuk berbuat sedemikian boleh menyebabkan penutupan kedudukan yang tidak diinginkan.

Contoh:
Anda mempunyai $2,500 dalam akaun anda dan mahu berdagang dua kontrak standard pada harga EUR/USD yang meningkat. Pada harga $1.10, ini sepadan dengan margin $2,200 yang berada dalam kemampuan anda. EUR/USD terus menurun dan mencapai harga $1,08970, bermakna bagi anda kerugian sebanyak $2,060. Pada waktu ini, kedudukan anda akan ditutup secara automatik kerana baki akaun anda mencapai ambang 20% margin yang diperlukan. ($2,500 – $2,060 = $440; $440 = 20% * $2,200) Jika EUR/USD naik semula, anda tidak lagi mendapat untung daripada kenaikan harga ini. Syarat sebenar berkaitan dengan panggilan margin dan penutupan kedudukan secara automatik boleh dibaca DI SINI.

Saiz Kontrak atau Lot:

Saiz kontrak, juga dikenali sebagai Lot, sentiasa menerangkan tentang volum dagangan bagi aset pendasar dan dengan itu menentukan nilai yang diatributkan pada satu pip bagi setiap saiz kontrak.

Contoh:
Pasangan mata wang biasanya didagangkan dengan 100,000 bagi setiap kontrak standard. Nilai satu pip diperoleh dengan mendarabkan pip dengan bilangan unit.
EUR/USD → Pip * Unit = $0.0001 * 100,000 = $10
GOLD → Pip * Unit = $1 * 100 auns= $100

Kecairan:

Kecairan menggambarkan ketersediaan sebenar aset pendasar. Kecairan tinggi menyebabkan penentuan harga yang stabil, bermakna anda seharusnya dapat menerima harga yang diminta. Kecairan rendah mungkin menyebabkan harga meningkat naik (lihat Gelinciran dan Jurang) manakala harga yang dikenakan mungkin berbeza daripada harga yang anda minta.

Margin:

Istilah “Margin” bermaksud dana yang diperlukan yang perlu boleh didapati secara bebas dalam akaun dagangan bagi tujuan membuka kedudukan baru. Jumlah ini akan diketepikan daripada akaun dagangan anda untuk memenuhi tujuan keselamatan dalam keadaan turun naik harga.

Margin akan tersedia lagi selepas penutupan kedudukan. Mana-mana kerugian yang dijana ditolak secara terus daripada ini. Kerugian yang tidak dapat ditampung oleh margin akan ditolak daripada akaun dagangan anda. Untuk syarat margin yang tepat, klik DI SINI.

Pip:

Satu Pip ialah unit yang didagangkan yang mana perubahan harga aset pendasar ditentukan. Saiz Pip bergantung pada aset pendasar yang didagangkan dan harga yang ditentukan. Dalam kebanyakan keadaan, peraturan yang sangat mudah ini digunakan: Saiz invois terkecil bagi harga pendasar didarabkan dengan faktor 10 yang sepadan dengan satu pip.

Contoh:
EUR/USD sentiasa dipaparkan pada titik perpuluhan kelima – 0.00001 – didarabkan dengan 10 → Pip = 0.0001
USD/JPY sentiasa dipaparkan pada titik perpuluhan ketiga – 0.001 – didarabkan dengan 10 → Pip = 0.01
Indeks DAX sentiasa dipaparkan pada titik perpuluhan pertama – 0.1 – didarabkan dengan 10 → Pip = 1

Gelinciran:

Pada masa pasaran turun naik, kedudukan anda mungkin tidak dapat ditutup pada aras Henti Rugi atau Ambil Untung yang ditetapkan lebih awal. Perbezaan antara aras Henti Rugi atau Ambil Untung yang ditetapkan dan harga yang sebenarnya dilaksanakan dipanggil Gelinciran.

Contoh:
EUR/USD didagangkan pada harga $1.10248/$1.10256 dan anda mempunyai kedudukan terbuka pada harga yang menaik pada $1.10256 dengan satu kontrak standard. Pesanan Ambil Untung sepatutnya menjamin keuntungan anda pada harga $1.10340/$1.10348. Berita pasaran menyebabkan turun naik harga yang pesat dan harga meningkat daripada $1.10338/$1.10346 terus kepada $1.10362/$1.10370. Harga Ambil Untung yang diinginkan iaitu $1.10340 tidak dapat diterima kerana harga pertama yang boleh didapati ialah $1.10362. Perbezaan sebanyak $ 0.00022 dipanggil gelinciran. Keuntungan anda dengan satu kontrak standard telah meningkat sebanyak $22. Turun naik harga ini boleh menyebabkan keuntungan dan kerugian anda lebih tinggi daripada jangkaan.

Henti dan Had:

Henti dan Had merujuk pada kaedah pelaksanaan pesanan yang anda telah buat. Dua istilah ini tidak sama dengan istilah yang seakan-akan sama bunyinya iaitu Henti Rugi dan Ambil Untung. Pesanan HENTI menyatakan bahawa anda menjangkakan arah aliran harga sedia ada akan berterusan selepas mencapai harga pesanan anda. Pesanan HAD menyatakan bahawa apabila harga pesanan anda dicapai, akan berlaku pembalikan dalam arah aliran semasa. Maklumat lanjut boleh didapati DI SINI.

Henti Rugi dan Ambil Untung

Pelaksanaan jenis pesanan ini akan membantu anda menutup kedudukan anda secara automatik apabila kedudukan mencapai aras yang ditentukan. Fungsi Henti Rugi membolehkan anda mengawal kerugian anda dan fungsi Ambil Untung membolehkan anda melindungi keuntungan anda. Maklumat lanjut boleh didapati DI SINI.

Amaran Risiko: Dagangan dalam Forex/CFD dan Terbitan Lain amat berspekulasi dan mempunyai tahap risiko yang tinggi.