Klien yang dihargai,

Kami ingin memaklumkan anda bahawa adalah menjadi tanggungjawab anda untuk sentiasa memastikan nama pengguna dan kata laluan anda kekal dirahsiakan dan memastikan bahawa pihak ketiga tidak memperoleh akses kepada akaun dagangan anda. Kami tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang transaksi dan/atau kontrak yang dilaksanakan oleh pihak ketiga dalam akaun dagangan anda sekiranya anda secara sengaja atau tidak sengaja memberikan pihak ketiga berkenaan maklumat kelayakan log masuk anda. Jika anda tahu atau mengesyaki sesiapa yang telah menggunakan atau sedang menggunakan maklumat pendaftaran anda, nama pengguna atau kata laluan anda untuk mengakses sebarang perkhidmatan tanpa keizinan anda, anda perlu memaklumkan pihak Sokongan Klien kami dengan segera.

Selain itu, sila ambil perhatian bahawa kami telah dimaklumkan tentang pelbagai syarikat yang menghubungi pelanggan kami dengan dakwaan yang mengelirukan dan palsu bahawa sama ada:
a) mereka sebahagian daripada Kumpulan kami, atau
b) mereka merupakan rakan kongsi perniagaan kami atau dalam apa jua cara lain yang berkaitan dengan kami, atau
c) syarikat klon, cuba menggunakan maklumat syarikat kami, lesen dan sebagainya dengan jenama lain atau menukar sebarang maklumat hubungan penting bagi tujuan mendapatkan sebarang maklumat pelanggan atau peribadi;
d)mereka mendakwa sebagai dikawal selia oleh Pengawal Selia Rekaan, atau
e)mereka mendakwa sebagai dikawal selia tetapi sebenarnya tidak,

Sesetengah syarikat dan/atau individu ini telah menghubungi pelanggan kami untuk mengajak pelanggan kami memulakan perhubungan perniagaan dan/atau mendepositkan wang dan/atau cuba mendapatkan maklumat sensitif berharga lain daripada pelanggan bagi tujuan menggodam akaun mereka ataupun memudaratkan mereka.

Sila ambil maklum bahawa perkara ini tiada kena mengena dengan kumpulan kami walaupun syarikat atau individu tersebut menunjukkan diri mereka sebagai sebahagian daripada operasi kami.

Kami memohon agar anda lebih berhati-hati sekiranya terdapat sebarang syarikat atau individu yang menghubungi anda dan mendakwa mana-mana perkara yang di atas. Untuk perlindungan anda, sila rujuk senarai tidak terhad di bawah bagi syarikat dan individu serta laman web mereka yang tiada kena mengena dengan kumpulan kami: